Wednesday, October 31, 2012

Sukan bermotor pun perlukan Sains Sukan...


Sejajar dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membina sebuah litar bagi perlumbaan ‘drag’ yang membabitkan kos sebanyak RM15 juta semalam serta prestasi yang membanggakan dari pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto2 Mohd Hafizh Syahrin Abdullah serta pelumba Formula BMW Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri, Institut Sukan Negara (ISN) bersedia memberi kerjasama kepada pelumba sukan permotoran negara di dalam aspek sains perubatan dan teknologi sukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail, pelumba sukan permotoran negara boleh mendapat khidmat sokongan dari pelbagai aspek sains sukan melalui pendekatan sainstifik dan sistematik.

No comments: