Tuesday, April 5, 2011

Ketua Pengarah ISN Yang Dirawat Sejak Jumaat Dibenar Pulang

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz yang dirawat di Hospital Serdang sejak Jumaat lepas, dibenarkan pulang tengah hari Isnin.

Jumaat lepas beliau dibawa ke hospital itu selepas mengadu sakit dada ketika berada di pejabatnya di ISN Bukit Jalil, dan selepas diperiksa, dia disahkan mengalami ulser di perut.

"Saya sudah dibenarkan keluar tengah hari tadi dan diberikan rehat selama seminggu," katanya kepada Bernama menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

Dr Ramlan dikejarkan ke hospital pada pagi Jumaat lepas, sebelum majlis perasmian sambutan 15 tahun ISN berlangsung di Bukit Jalil pada sebelah petangnya.