Sunday, April 29, 2012

Terkini: Sebah selamat jalani pembedahan.

 
Atlet hoki wanita Malaysia, Sebah Anak Kari 31 tahun telah mengalami kecederaan retak rahang semasa menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kaka-migahara, Jepun pada 25hb April 2012.

Beliau kini dirawat di Hospital Pakar Damansara dan telah menjalani pembedahan pada pukul 10.00 pagi tadi.

Semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi bersama pasukan negara.

Terkini minggu ini...



1) Kejayaan Harimau Malaya membenam Sri Langka 6 - 0 di Stadium Shah Alam pada Sabtu telah berjaya menjawab segala kritikan yang sebelum ini dilemparkan kepada FAM dan coach Rajagopal...

*Tahniah Coach!


2) Kelayakan Olimpik Hoki Wanita - Pasukan Hoki Wanita Malaysia telah berjaya mendapat mata pertama setelah berjaya mengikat Belarus dengan keputusan seri 2 - 2. Sebelum ini Malaysia telah tewas kepada Azebaijan 4-0 dan dibelasah tuan rumah Jepun 8 - 0.

*Berita terkini berkenaan pemain pertahanan pasukan yang mengalami kecederaan pada perlawanan pertama (Sebah Anak Kari) kini telah selamat sampai diMalaysia dan mendapat jagaan dan rawatan rapi dari ISN.

Terkini 30 May 11 a.m: Atlet hoki wanita Malaysia, Sebah Anak Kari 31 thn telah mengalami kecederaan retak rahang semasa menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kaka-migahara, Jepun pada 25hb April 2012.Beliau kini dirawat di Hospital Pakar Damansara dan telah menjalani pembedahan pada pukul 10.00 pagi tadi. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi bersama pasukan negara.



3) CHONG WEI gagal mempertahankan gelarannya pada Terbuka India selepas tewas kepada pemain muda Korea Selatan, Shon Wan Ho semalam. Tewas pada set pertama 18-21, Chong Wei kembali bangkit apabila mencatatkan kemenangan 21-14 pada set kedua. Bagaimanapun, hasrat untuk menyaksikan Chong Wei, 30, merangkul gelaran juara buat kali kedua selepas melakukannya pada tahun lalu tidak kesampaian apabila dia tewas 19-21 pada set penentuan.


*There were also words of consolation from National Sports Institute (NSI) chief executive officer Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz who had been monitoring Chong Wei's recovery from the right shoulder injury suffered in the All England last month."It's never good to lose but perversely, it's alright that Chong Wei has yet to play at his very best at this juncture. Obviously short of match fitness, and I can't be too disappointed seeing him negotiate his way to a Super Series final in the first tournament after returning from injury," stated Dr Ramlan on Oneisn M'sia Facebook page.