Wednesday, October 31, 2012

Sukan bermotor pun perlukan Sains Sukan...


Sejajar dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membina sebuah litar bagi perlumbaan ‘drag’ yang membabitkan kos sebanyak RM15 juta semalam serta prestasi yang membanggakan dari pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto2 Mohd Hafizh Syahrin Abdullah serta pelumba Formula BMW Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri, Institut Sukan Negara (ISN) bersedia memberi kerjasama kepada pelumba sukan permotoran negara di dalam aspek sains perubatan dan teknologi sukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail, pelumba sukan permotoran negara boleh mendapat khidmat sokongan dari pelbagai aspek sains sukan melalui pendekatan sainstifik dan sistematik.

Ada peluang kah?


Tahniah kepada jaguh badminton negara Dato' Lee Chong Wei & Wong Mew Choo yang akan melansungkan majlis perkahwinan mereka di KLCC pada 9 & 10 November ini. Berita terkini, Taufik Hidayat juga akan turut akan hadir bagi memeriahkan majlis, namun Lin Dan musuh tradisi Dato' Lee Chong Wei berkemungkinan tidak dapat hadir ke majlis pada malam tersebut kerana menyertai  pertandingan yang akan berlangsung di Shanghai.

M.O:  I would like to participate the wedding dinner of Datuk Lee Chong Wei and Wong Mei Choo because.... try je lah...




Jersi Baru Harimau Malaya!


Twit - twit terbaru di laman Twitter dikalangan penyokong - penyokong Harimau Malaya, berikut (gambar) adalah design terbaru jersi Harimau Malaya yang sedang hangat diperkatakan... Kebanyakkanya tidak sabar akan kemunculanya untuk disarungkan menjelang Piala AFF Suzuki 2012, November ini...

M.O: *hmm tapi tadi tengok macam laen jer... tunggu je lah Nike launchkan...