Wednesday, March 30, 2011

1-2 April 2011: Sambutan 15 Tahun ISN 2011

Sambutan bersempena 15 tahun ISN beroperasi di Bukit Jalil


Monday, 28 March 2011 16:56
.
Tarikh :
1 hingga 2 April 2011

Tempat :
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara, Bukit jalil.

Pengenalan
Sambutan yang akan dibuat pada 1 April 2011 ini adalah bertujuan merapatkan hubungan di antara warga sukan secara keseluruhannya yang mana jalinan kerjasama dengan pihak-pihak yang terbabit secara langsung dengan pembangunan sukan adalah amat penting di dalam membentuk kesepakatan yang membawa kepada perkembangan positif bagi kecemerlangan sukan negara. Dengan penganjuran majlis sambutan ini, ISN diharap akan terus melangkah setapak kehadapan demi pembangunan sukan negara.

Objektif
Objektif penganjuran majlis sambutan ini adalah:-
  1. Mengeratkan perhubungan Institut Sukan Negara dengan jabatan kerajaan/ agensi-agensi sukan/ badan-badan NGO’s/ badan-badan korporat / Institusi pengajian tinggi awam dan swasta / persatuan sukan / Media cetak dan elektronik / Jurulatih/ Atlet yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam perkembangan dan kemajuan sukan negara.
  2. Menjadikan forum dua hala dan penganjuran sukan sebagai medium perantara bagi menjalinkan persefahaman di dalam membentuk kerjasama bagi pembangunan sukan Negara.
  3. Memperkembangkan maklumat sains sukan khasnya kepada pengiat sukan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menerusi program pameran Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan

Aturcara :
31 Mac 2011
7.00 - 9.00 mlm - Solat Maghrib
- Bacaan Yasin
- Solat Isyak
- Makan Malam

1 April 2011
2.45 ptg - Ketibaan tetamu
3.00 ptg - Pengkisahan “ISN Pemangkin Kecemerlangan Sukan”
Panel 1 : YBhg. Dato’ Noh Abdullah
Panel 2 : YBhg. Dato’ Dr. Noordin Darus
4.00 ptg - Ketibaan Y.B. Dato’ Shabery bin Cheek Menteri Belia dan Sukan
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Kata-kata aluan oleh KP ISN
Kata-kata aluan oleh Y.B Menteri
4.25 ptg - Upacara Perasmian
4.30 ptg - Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai/Kakitangan yang bersara wajib
4.35 ptg - Lawatan Y.B Menteri dan tetamu ke Pameran “Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan”
5.00 ptg - Minum petang


2 April 2011

7.30 pg - Senamrobik
8.30 pg - Perasmian sepak mula pertandingan Futsal oleh YBhg. Dato’ Dr. Ketua Pengarah ISN
8.35 pg - Pertandingan Futsal jemputan (Lelaki / Wanita) & kanak-kanak bawah 12 tahun
4.00 ptg - Perlawanan persahabatan (Pilihan KSU vs. Pilihan ISN)
4.20 ptg - Majlis Penutupan Sambutan 15 Tahun & Penyampaian Hadiah Pertandingan Futsal
Ketibaan Y.Bhg. Dato’ KSU
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Kata-kata aluan KP ISN
Kata-kata aluan Y.Bhg. Dato’ KSU
Penyampaian Hadiah Pertandingan Futsal
Upacara Penutupan
5.00 ptg - Minum petang

Jom ramai-ramai pi Fiesta ISN...

No comments: