Pada permulaan program tersebut empat jenis sukan itu adalah badminton, memanah, berbasikal dan terjun akuatik yang disertai oleh 19 atlet negara telah terpilih dan yang terbaru pasukan hoki lelaki negara turut tersenarai di dalam program tersebut. Dengan kriteria pemilihan untuk atlet-atlet terbabit akan dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh mereka di peringkat antarabangsa.
Peningkatan kutipan pingat Kontinjen Malaysia pada temasya sukan Komanwel di Delhi dan sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini menunjukkan kita masih lagi berada dilandasan yang betul menuju sasaran pingat emas sukan Olimpik pertama negara. Dimana rekod menunjukkan kita telah berjaya mendapatkan 9 emas, 18 perak, 14 gangsa di Guangzhou dan di Delhi kita telah membawa pulang 12 emas 10 perak dan 14 gangsa.
Namun, semua pihak terbabit perlu melihat semula kejayaan tersebut, dimana hanya satu acara yang menyumbang pingat emas dalam Sukan Asia di Guangzhou iaitu berbasikal trek yang tersenarai sebagai disiplin dipertandingkan di Sukan Olimpik. Kejayaan pelumba berbasikal trek negara - Azizulhasni Awang di sukan Asia dan kejohanan - kejohanan antarabangsa menjadikan beliau antara atlet tumpuan yang akan menjadi harapan negara untuk menuai pingat emas pertama sukan olimpik. Tetapi kejayaan Azizulhasni masih dibayangi oleh kehebatan pelumba berbasikal trek nombor satu dunia - Sir Chris Hoy. Apa yang pasti ujian yang cukup getir perlu dilalui oleh Azizulhasni untuk mengalahkan musuh nombor satu beliau itu, yang sudah pasti nya akan bermati-matian untuk mempertahan kan pingat emas olimpik. Disamping dengan kelebihan Chris Hoy yang akan beraksi di gelanggang sendiri dan penyokong-penyokong beliau apabila beraksi di London nanti.

Selain itu Malaysia turut menaruh harapan kepada atlet-atlet terjun negara iaitu Pandalela Renong, Leong Mun Yee, Bryan Nickson dan juga Yeoh Ken Nee untuk meraih emas pertama sukan Olimpik. Harapan ini berdasarkan kemampuan atlet menghasilkan pingat di temasya utama termasuk Kejohanan Dunia yang berlangsung di Itali selain keupayaan Pandalela Rinong menghadiahkan emas pertama di Sukan Komanwel. Rekod sukan Olimpik setakat ini masih lagi menunjukkan kehebatan atlet-atlet penerjun dari China yang pastinya akan membayangi atlet-atlet penerjun negara.
Manakala malang menimpa skuad memanah negara yang telah digugurkan daripada Program Road to London berikutan prestasi hambar mereka di temasya sukan Komanwel dan Asia baru-baru ini. Kegagalan itu menyebabkan hanya memanah di kalangan empat sukan di dalam program yang bernilai jutaan ringgit itu gagal memberikan sebarang pingat ke kontinjen negara pada temasya sukan Asia yang lalu.
Selain itu Hoki dan menembak sah disenaraikan sebagai sukan baru dalam program Road To London, ekoran prestasi cemerlang sukan tersebut sepanjang tahun ini. Namun kedua-dua sukan tersebut juga turut dibayangi kehebatan pasukan dan atlet dari negara lain.
Kini, 588 hari lagi menjelang temasya sukan Olimpik edisi ke 25 - London2012. Semua pihak terbabit perlu mengorak langkah dengan segera, bagi menjayakan misi negara untuk meraih dan membawa pulang pingat emas sukan Olimpik pertama negara. Fantasi atau realiti kita yang bertanggungjawab untuk menentukannya. Malaysia Boleh!
Damanhuri Nasir
No comments:
Post a Comment