Wednesday, November 18, 2009

Congratulations, Pn. Zaiton!



Bekas Olahragawati kebangsaan, Zaiton Othman (gambar) dipilih sebagai penerima Anugerah Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2009 pada majlis anugerah khas di Wisma OCM - 18 Nov 2009.

Dilahirkan di Kepada Batas, Pulau Pinang pada 1959, Zaiton memulakan zaman kegemilangannya dalam arena sukan dengan membantu kuartet 4x400 meter wanita negara memenangi pingat emas pada Sukan Asia di Bangkok pada 1978.

Beliau kemudian menyumbang satu lagi pingat emas buat negara pada penampilan pertamanya pada Sukan SEA Jakarta pada 1979 sebelum bersara daripada kejohanan kompetitif selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 1989.

Zaiton yang kini menjadi pegawai sukan sepenuh masa di Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi jurulatih pendidikan jasmani dan psikologi sukan yang juga Pengarah Kebajikan Atlet-Atlet.

http://img38.imageshack.us/img38/2195/wg3q6cfgylkh643atievajw.gifTAHNIAH!


No comments: