Thursday, July 30, 2009

Sasaran Malaysia!




Semalam (KBS) dan (MSN) meletakkan sasaran antara 30 dan 35 pingat emas untuk sukan Sea di Vientiane 2009.

Sasaran ini mungkin realistik kerana kebanyakan sukan penyumbang emas di Korat tidak dipertandingkan di Vinetiane, antaranya...sukan bola keranjang, bowling, ekuestrian, gimnastik (artistik/gimrama), hoki, lawn bowl, pelayaran, polo, skuasy, terjun, trialtlon dan lumba basikal, yang menjadi lubuk emas bagi kontinjen Malaysia.

Manakala sasaran tidak realistik saya adalah sebanyak 87 pingat emas untuk pasukan Malaysia mencapai rekod pungutan pingat emas yang ke 1000 dalam temasya sukan Sea. Untuk rekod sehingga kini Malaysia telah berjaya merangkul sebanyak 913 pingat emas dari temasya pertama SEAP games di Bangkok hingga ke temasya yang lalu di Korat.

Sememangnya sasaran berikut adalah tidak realistik... berdasarkan situasi semasa... mungkin kita boleh sasarkan pingat emas yang ke 1000 itu di temasya sukan Sea yang akan datang di Bandung 2011. Malaysia Boleh!

"Menteri Belia dan Sukan mahu jagoan negara terpilih nanti beraksi dengan komitmen tinggi memburu pingat emas walaupun difahamkan edisi kali ini menggugurkan banyak acara yang sebelum ini menjadi lubuk emas buat kontinjen negara."
Berita Harian - 18 Jun 2009

No comments: