Thursday, June 11, 2009

Anugerah SAM 2009


Conratulations Dato' Lee Chong Wei...


DATO’ LEE CHONG WEI – BADMINTON.

Pemain badminton nombor 1 dunia ini telah menunjukkan prestasi menakjubkan sepanjang tahun 2008 dengan muncul juara pada Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia untuk kali ke empat berturut-turut selain menjadi juara di empat Kejohanan Super Series iaitu Terbuka Singapura, Macau, Jepun dan China.

Pencapaian paling cemerlang Dato’ Lee Chong Wei pada tahun 2008 ialah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008. Sehingga sekarang dia masih mengungguli ranking utama dunia yang digenggamnya sejak Ogos 2008.



DATO’ NICOL ANN DAVID – SKUASY.

Keunggulan Dato. Nicol Ann David dengan kejayaannya mengekalkan ranking utama dunia sehingga sekarang dalam acara skuasy meletakkannya sukar digugat.

Pada tahun2008 dia meraih kejayaan yang cukup menakjubkan dengan memenangi sepuluh kejuaraan professional termasuk kejuaraan dunia di samping membantu pasukan wanita negara menduduki tangga ke 3 pada Kejohanan Skuasy berpasukan dunia.


AZIZUL HASNI AWANG MUDA – BERBASIKAL.

Pelumba bertubuh kecil berusia 21 tahun ini berasal dari Terengganu.

Pemuda yang sedang menggoncang dunia dengan henjutannya dalam acara Keirin dan Sprint ini semakin bertenaga.

Di pentas Olimpik Beijing 2008, Azizul Hasni terbukti telah memberikan saingan yang cukup hebat kepada pelumba-pelumba handalan dunia, terutama pelumba-pelumba terkemuka Eropah.

Kewibawaannya cukup menyerlah apabila dia membuktikan bahawa dia mampu menduduki tempat kelima pada setiap Kejohanan Dunia yang disertainya.

Beliau kini mengungguli ranking pertama dunia melalui acara Keirin setelah memenangi Kejohanan Trek Dunia di Beijing.



WONG PEI TTY/CHIN EEI HUI – BADMINTON.

Bergu badminton wanita negara ini menjada kebanggaan negara setelah menduduki ranking kedua dunia bergu wanita yang merupakan catatan sejarah baru buat badminton wanita negara.

Pasangan negara ini berjaya menjuarai dua kejohanan utama pada 2008 iaitu Super Series Terbuka Denmark dan Super Series Masters Final.


CHENG CHU SIAN – MEMANAH.

Pemanah ini hampir mencipta sejarah pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Di Sukan Olimpik itu, Chu Sian menghuni tangga ke 8 acara recurve.

Cheng Chu Sian turut memenangi pingat emas perseorangan dan perak berpasangan di Kejohanan Asia pertama yang berlangsung di Shenzhen, China.

Kini pemanah ini berada di kelompok ke 10 terbaik dunia.

- - -

My invitation card... tq to SAM

No comments: